ACARA TERKINI (Mingguan)
PERSEMBAHAN TRADISIONALSertai kami untuk persembahan khas di Art & Craft Residency Tok Sudin, di mana Wayang Kulit dipersembahkan oleh Cikgu Jufry seorang Tok Dalang yang berbakat . Beliau adalah anak kelahiran Kelantan. Persembahan beliau akan disusuli muzik dan pertunjukan kebudayaan Gamelan.
Bagi peserta yang berminat, boleh bekerjasama dengan Cikgu Jufry untuk menghasilkan nukilan karya pendek, membuat watak bayangan, mengembangkan skrip dan dialog dan belajar bagaimana memanipulasi watak-watak. Watak-watak wayang kulit akan dikareografikan beserta iringan muzik bagi menghidupkan lagi suasana kisah-kisah yang dipersembahkan. |
Pasar MalamPasar malam adalah pasar jalanan yang beroperasi pada waktu malam (bermula jam 6 petang hingga 12 pagi) Ini adalah aktiviti bersantai, membeli-belah, sambil menikmati juadah yang dibeli di gerai-gerai dengan harga yang cukup berpatutan.
SETIAP AHAD Pasar malam di Simpang Empat Genting 6.30 pm - 9.30 pm SETIAP RABU Pasar malam di Jalan Pondok Upeh 6.30 pm - 9.30 pm SETIAP JUMAAT Pasar malam di Pasar Awam Balik Pulau 7.00 pm - 9.30 pm SETIAP SABTU Pasar malam di Sungai Pinang 6.30 pm - 9.30 pm |