PENGALAMAN DI KAMPUNG
Balik Pulau adalah sebuah bandar lama 'pedesaan' yang teletak di barat daya Pulau Pinang. Udara di sekitar kawasannya nyaman dan menyegarkan, masjid-masjid yang menawan, pemandangan padi yang menenangkan adalah antara faktor keistimewaan bandar ini. Bandar ini juga menjanjikan pelbagai jenis hidangan makanan laut yang enak. Ia mempamerkan sekilas kehidupan desa yang tenang yang jauh berbeza dari pembangunan moden di kawasan bandar .
Para pengunjung boleh memandu sambil menghayati pemandangan yang cantik sepanjang laluan di pesisiran pantai dan kepulauan sekitar kawasan tersebut dan dapat menerokai suasana perkampungan nelayan di kawasan Teluk Kumbar, Kampung Pondok Upeh, Kampung Sungai Burung, Gertak Sanggul and Pulau Betong.
Kampung-kampung ini mempunyai asal-usul yang menarik dari nama-nama mereka. Misalnya, Teluk Kumbar dinamakan sempena sawit yang disebut pokok kumbar, Kampung Pondok Upeh dinamakan begitu kerana penduduk terdahulu membina pondok mereka dengan daun pinang upeh manakala Kampung Sungai Burung didirikan di pinggir sungai dan kawasan itu kerap dihuni oleh burung-burung .
Menurut sejarah lama, penduduk Melayu yang terawal di Pulau Pinang adalah kumpulan pelarian dari Kedah yang melarikan diri dari penjajah Siam. Mereka membina rumah di kawasan Bukit Dumbar dan Bayan Lepas. Pada tahun 1786 apabila Dinasti Chakri berkuasa , tanah jajahan kerajaan Siam semakin berkembang. Rentetan dari peristiwa itu, lebih ramai lagi orang Melayu dan orang Islam Thai dari Pattani, Yala, Narathiwat, Perlis dan Kedah berhijrah ke Balik Pulau untuk menyelamatkan diri.